Thursday, May 10, 2012


10 MEI 2012

Semalam lepak kat dataran dalam pukul 11.00 pm macam tu.. Sementara adeq dengan member dye kuar rendek rendek, aku stay la dalam kereta menikmati UNCLE BOB FRIED CHICKEN  and 100 PLUS. Sambil aku makan and minum, aku usha-usha jugak la kapel-kapel yang lalu lalang depan kereta aku. Ramai kapel-kapel lepak kat dataran kot. Sape kate KL tadee tempat lepak waktu malam.. HEHEHE :") 

Nak cepatkan cerita, aku usha la kapel nie, aku pempuan kan, mestilah usha balak dia dulu baru aku usha awek dia. Adat laa. Kalau kau lelaki, mesti kau usha awek dia dulu kan..? Kalau kau pempuan, tentu tentu kau usha balak dia dulu kan..? HEHE :p Mase aku dok usha balak dye, aku terlupa la nak pandang awek dia sebab aku terpaku tengok balak dia yang gantang tu.. HEHEHE. Aku nie boleh tahan gatalnyee.. Walaupun gatal, aku nie setia orangnya. Bak kata orang, setakat pandang, takluak pon. Lepas balak dia dok berdiri lama depan kete aku, barulah aku usha awek dia. HAHA. Usha punya usha awek dia,  baru aku tahu kebesaran Allah tu.. Balak dia hensem, tapi awek dia, biasa jee.. Tengok, itu lah kejadian Allah dan itu jugak lelaki yang sedar diri dan takmemilih. Lelaki dia punya hensem tapy awek or mungkin calon isteri dia, dia pilih yang biasa-biasa sahaja. Nampak sangat dia tak pilih paras rupa. Lagi satu yang menyebabkan aku nak cakap lelaki tu setia, punya la berderet wanita wanita cantik, hotsetap, dia takpandang pon.. Dia lagi pegang tangan awek dia adalah.. 

Aku suka tengok lelaki yang setia. Ok wat. Pemberian Allah dalam hidup kita nie adil kan..? Kalau kita seorang yang cantik/hensem, pasangan kita kemungkinan tidak lebih dari kita. Kalau kita tidak secantik/sehensem orang lain, berkemungkinan kita akan dapat yang lebih baik. Tapi kalau kita sediakala cantik/hensem dan mendapat pasangan setaraf dengannya, itu rezeki kita. Tetapi kalau kita sendiri tidak secantik/sehensem mana dan mendapat pasangan yang kurang paras rupanya, tidak mengapa. Disebalik kekurangan itu tersedia kelebihan yang pasti ada kebaikannya. Percaya dengan rezeki Allah, nescaya kita akan tau nikmatnya. Sabar itu menjadi dugaan hidup semua. 

p/s : Cantik di mata awak, belum tentu cantik di mata saya, apa yang penting, adalah saling menghormati citarasa masing-masing.



No comments:

Post a Comment