Wednesday, May 2, 2012

CIRI-CIRI ORANG YANG MENCINTAI KAMU


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli.! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa kamu tidak cantik dan penuh jerawat di muka. HAHA..!
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini. Kalau boleh nak msg 24/7 jam.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti "selamat pagi", "selamat tengahari", "goodnight", "take care", dan lain lain lagi. Walaupun kamu tidak membalas SMSnya, dia takpeduli kerana dengan SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan sekadar "I LOVE YOU", "AKU CINTA PADAMU", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah lupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu uang berharga untuknya dan pada saat itulah matanya berkaca kerana SAAT BERSAMAMU ITU TIDAK BOLEH BERULANG KEMBALI.
7. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah diungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya. Berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
8. Orang yang mencintai kamu pasti akan mengingati setiap ciri-ciri yang ada pada kamu walaupun bagi kamu perkara itu remeh-temeh, tapi dia sangat menitikberatkan hal-hal yang demikian. Contohnya tentang, hari lahi kamu, cara bagaimana dia mengenali kamu, apa yang kamu suka dan apa yang kamu tidak suka dan lain-lain tentang diri kamu. 
9. Orang yang mencintai kamu, akan sabar melayan sikap dan karenah mengada kamu itu. Baginya, sikap itulah yang menceriakan hidupnya. Dia tidak peduli walau terpaksa memujuk kamu dengan kuntuman bunga yang banyak. Baginya, itu satu peluang dan kesempatan yang terbaik dia akan lakukan. Dia tidak peduli kalaupun kamu tidak mengingati cara dan sikapnya. Padanya, dia sentiasa ingin melihat kamu tersenyum ceria.
10. Orang yang mencintai kamu, akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diri kamu. Kamu memberitahu dia yang esok kamu akan menduduki ujian dan kamu gemuruh, dialah akan memberi semangat dan sentiasa berdoa agar kamu berjaya. 

*p/s : MENCINTAI dan DICINTAI tidak semudah yang kita sangka. Pandanglah ke hadapan dengan pandangan yang positif. Bukan hanya kerana wang ringgit atau seseorang itu memiliki wajah yang cantik/hensem kamu suka pada dia. Terimalah hakikat seseorang itu jodoh kamu walau dia datang dari keluarga yang miskin. :)

No comments:

Post a Comment